Siapa tak kenal dengan anak didik Ratu Dangdut, Mas Idayu, Black atau nama sebenar Hanifah Md Hanafiah. Kini, suaranya sudah tidak dinafikan memang hebat.
Malangnya, dia sudah lama tidak mengeluarkan lagu baru kerana fokus dengan kehidupan baru namun, dia tidak tinggalkan dunia seni begitu saja. Dia ada juga melibatkan diri dalam sebuah program untuk menjadi juri kepada penyanyi generasi baru. Hebat!
Apa yang menarik perhatian warganet, sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram Black yang menunjukkan dia sedang mengaji.
Tapi, selepas bacaan Bismillah habis dan ingin memulakan bacaan ayat surah pertama, terus pecah tawa kerana mungkin tidak biasa membaca dihadapan kamera dan ustaz.
Biasalah bila kita segan dihadapan ramai orang, mulalah ada saja tak kena sampai terpecah gelak. Tapi, suara mengaji Black memang sedap.
Menjengah ruangan komen, ramai rakan artis menghujani komen pada posting tersebut. Rata-rata bersetuju dengan situasi yang dialami Black ketika itu dan ada juga memuji suara sedap Black walaupun hanya dengarkan satu baris ayat saja.
Tapi, suara Black tarik bacaan Bismillah tu memang sedap! Tak hairanlah kalau menyanyi pun sedap.
Sumber: igblack