Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai sebaran maklumat palsu produk kesihatan yang dikatakan mampu melindungi dan meningkatkan kesihatan.
Malah, pihak yang tidak bertanggungkawab ini telah menggunakan nama KKM dan menyatakan bahawa “KKM berjanji untuk membayar balik jika ia tidak berkesan!” Ini boleh mengundang kepada kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM TIDAK PERNAH memperakukan produk tersebut.
Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat tersebut, berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran produk yang boleh menarik minat serta emosi dengan menyemak fakta dan maklumat di platform yang dipercayai.
Tindakan akan diambil dibawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana telah mengedarkan maklumat palsu yang mengandungi salah faham serta kandungan yang tidak benar dengan tujuan tertentu demi kepentingan keuntungan semata- mata.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official