Siti panggil polis guna instastory?
Masih ingat lima tahun dulu, seorang lelaki didakwa di mahkamah kerana menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Lelaki berkenaan akhirnya didapati bersalah di mahkamah dan dipenjara enam bulan dan didenda RM5,000.
Ramai peminat penyanyi kesayangan ramai ni mengurut dada lega ketika itu kerana penyanyi tersebut akhirnya boleh tidur lena dengan suami tercinta
Namun semalam penyanyi yanh popular dengan lagu Wajah Kekasih dan Percayalah itu membuat satu posting di instastory dengan mendakwa lelaki yang sama datang kembali dihadapan rumahnya.
Dalam tulisan itu, Siti turut meminta bantuan polis dengan meletakkan tag kepada instagram rasmi Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Cuma rasanya apa yang dibuat ibu Affiyah ni kurang bijak. Kenapa perlu melolong di sosial media? Lebih bijak rasanya dia menelefon terus PDRM. Biar polis datang terus ke rumahnya yang besar tu dan tangkap lelaki tersebut. Atau sebenarnya membuat posting selepas hubungi polis?
Tapi rasanya Siti dah perlu letak sekuriti depan rumahnya. Tak tahu siapa lagi yang akan datang depan rumahnya lepas ni.
Terus bersama www.mykepochi.com !