Seorang Lelaki Maut Terjatuh Di Landasan LRT

Team KepochiBerita1 year ago15 Views

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam 9.10 malam untuk bantuan menyelamatkan mangsa terjatuh di landasan yang berlaku di Stesen LRT Putra Dato’ Keramat, Kampung Dato’ Keramat, Kuala Lumpur.

Anggota Bomba daripada BBP Keramat telah bergegas

ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan.

Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd Fabell bin Md

Yasin, kejadian tersebut melibatkan seorang lelaki yang telah terjatuh di landasan LRT dan digilis pada

bahagian kedua belah kaki.

Mangsa yang berusia 27 tahun itu telah dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dengan bantuan pihak teknikal LRT untuk menggerakkan tren secara mengundur. 

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia

oleh pihak KKM tidak lama selepas itu akibat

kecederaan parah dan diserahkan kepada pihak PDRM

untuk tindakan lanjut.

0 Votes: 0 Upvotes, 0 Downvotes (0 Points)

Follow
Search
TERLEPAS KE?
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...