Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Sekolah, tadika, taska tutup sekiranya IPU 200 

by Team Kepochi
October 3, 2023
2 min read
6 0
0
Sekolah, tadika, taska tutup sekiranya IPU 200 
Share on FacebookShare on Twitter

Sekolah, tadika, taska tutup jika IPU 200, tadika dan taska akan ditutup serta-merta sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata pihak sekolah, tadika dan taska dikehendaki sentiasa memantau bacaan IPU.

Beliau berkata, ia antara tindakan menghadapi jerebu berdasarkan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK).

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

“Sekiranya trend bacaan IPU menunjukkan peningkatan ke arah 200, persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan,” katanya dalam siaran media dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), hari ini.

“Antara tindakan agensi yang perlu dilaksanakan adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah/negeri/pusat apabila bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam;

Beliau berkata, pelan PTJK mengandungi tindakan spesifik yang perlu diambil oleh setiap agensi berpandukan kepada tahap amaran tertentu yang ditetapkan mengikut status kualiti udara iaitu bacaan IPU dan petunjuk kepada kesihatan awam.

“Pelan tindakan ini dikemaskini pada tahun 2002, 2006, 2012 dan 2013. Pengemaskinian pelan terkini adalah pada tahun 2018 dengan mengambilkira kemasukan parameter PM2.5 dalam bacaan IPU negara.

“Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan adalah untuk mempercepatkan tindakan yang perlu diambil oleh agensi.

“Menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 100. Sekiranya trend bacaan menunjukkan peningkatan ke arah 200 persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan tertakluk kepada kehadiran awan dan cuaca yang sesuai pada bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam.

Dalam pada itu, katanya, JAS bersama kementerian dan setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu akan sentiasa bertindak dengan lebih cepat dan responsif di atas tindakan-tindakan seperti yang disenaraikan di dalam pengemaskinian PTJK.

Jelasnya lagi, bacaan IPU direkodkan jam 6 petang tadi menunjukkan satu kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik dan 56 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.

“Rekod bacaan IPU jam 6 petang tadi menunjukkan 11 stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu masing-masing dua di Kuala Lumpur membabitkan Batu Muda (116) dan Cheras (160); lima di Selangor iaitu Petaling Jaya (154), Shah Alam (154), Klang (107), Banting (155) dan Johan Setia (144), tiga di Negeri Sembilan iaitu Nilai (161), Seremban (156) dan Port Dickson (152), serta Putrajaya (153),” ujarnya.

Tambah Wan Abdul Latiff lagi, bagi menangani situasi berjerebu di dalam negara, kementerian dan setiap

agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu sedang mempertingkatkan usaha pencegahan ke atas aktiviti pembakaran terbuka yang berpotensi menyebabkan jerebu di peringkat tempatan.

Previous Post

Polis buru lelaki terlibat kes pukul tepi jalan

Next Post

Transporter dadah ditangkap bawa syabu bernilai RM5.1 juta

Next Post
Transporter dadah ditangkap bawa syabu bernilai RM5.1 juta

Transporter dadah ditangkap bawa syabu bernilai RM5.1 juta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker