Jocelyn Chia, seorang pelawak kelahiran Singapura, baru-baru ini menimbulkan kontroversi dengan membuat beberapa jenaka sensitif tentang negara ini.
Salah satu jenakanya adalah tentang kehilangan pesawat Malaysia MH370 yang didakwa ‘tidak mendarat’, yang disampaikan dengan mimik muka yang mengolok-olok.
Berdasarkan laporan CNN, Jocelyn menyatakan bahawa rutin lawaknya telah dilakukan lebih daripada seratus kali selama setahun setengah tanpa sebarang masalah.
“Saya tidak berdendam dengan Malaysia, ia merupakan budaya biasa bagi pelawak untuk memanaskan penonton”.
Jocelyn berpendapat bahawa apabila segmen tertentu dipotong dan dipendekkan menjadi klip video pendek untuk dimuat naik ke dalam media sosial, beberapa konteks penting telah hilang.
Jocelyn juga berkata menyusun keseluruhan persembahan ke dalam satu klip video pendek untuk ditonton di luar daripada kelab komedi adalah sangat berisiko.
Jocelyn juga menjelaskan bahawa rakyat Singapura dan Malaysia telah lama mempunyai persaingan yang mesra, dan inilah yang menjadi dasar jenaka tersebut.
Selain itu, Jocelyn menyatakan bahawa terdapat penonton dari Malaysia yang jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berasa tersinggung ketika mendapatkan persembahannya.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official