Sebagai seorang wanita, seringkali mereka ini dihantui dengan perasaan bimbang dan takut untuk bergerak seorang diri menggunakan perkhidmatan e-hailing dan juga kenderaan awam berikutan beberapa kes gangguan seksual dan juga jenayah ragut yang berlaku terutamanya di kawasan bandar.
Begitu juga kebimbangan kita sebagai ibu bapa yang bekerja untuk membenarkan anak kita keluar seorang diri menggunakan perkhidmatan e-hailing sekiranya terdapat kekangan untuk kita menghantar mereka.
Riding Pink adalah syarikat e-hailing dengan konsep seumpamanya yang pertama di Malaysia dimana dimana kesemua pemandunya adalah wanita dan platform ini dikhususkan untuk penumpang wanita.
Mula diperkenalkan sejak hujung 2016, Riding Pink menawarkan perkhidmatan yang selamat, selesa dan juga boleh dipercayai dengan menggunakan pemandu wanita untuk menghantar penumpang wanita ke destinasi yang diingini.
Malah, ia juga menawarkan perkhidmatan penghantaran bagi kanak-kanak di mana anda boleh menempah secara mingguan atau bulanan untuk menghantar dan mengambil anak ke sekolah atau untuk aktiviti lain seperti ke kelas tusyen, mengaji dan sebagainya.
Disamping itu,pengguna wanita juga boleh dapatkan aplikasi Riding Pink di telefon pintar untuk kegunaan penghantaran barang atau perkhidmatan membeli barang sekiranya lebih selesa berurusan dengan sama jantina.
Sumber : Riding Pink