Tular di facebook apabila empat pemuda diarahkan untuk berpatah balik apabila merentas negeri dengan menggunakan surat palsu.
Menurut info yang dimuatnaik semalam keempat-empat pemuda telah melakukan rentas negeri dari Selangor untuk ke Besut dan Kelantan, akhirnya telah ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Perasing, Chukai semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan, sepasukan pegawai dan anggota telah yang membuat pemantauan di sekatan jalan raya antara negeri menahan kereta tersebut dan meminta surat kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh pihak polis.
Selain itu, mereka mendakwa tidak mempunyai surat kebenaran dan mendapati bahawa pemandu kereta Proton Persona mengaku dia ditugaskan untuk menghantar tiga lelaki berkenaan ke Besut dan Kelantan.
Pemandu terbabit dikatakan menerima upah sebanyak RM350 untuk menghantar lelaki terbabit.
Anggota yang bertugas memeriksa surat tawaran dan mengesahkan bahawa alamat tempat kerja yang tertera pada surat itu sebenarnya tidak wujud ketika dihubungi.
Ketua Polis berkata, kesemua daripada mereka mengaku surat terbabit adalah surat palsu dan dibuat oleh abang kepada rakan mereka.
Keempat-empat pemuda dikenakan kompaun dan diarahkan untuk berpatah balik.
Info tersebut di muat naik oleh Update Info Terkini telah mendapat perkongsian sebanyak 369 serta tanda suka sebanyak 491. Rata-rata netizen mengecam tindakan keempat-empat pemuda tersebut.
Sumber: Update Info Terkini