Melaka – Pernah dengar tak cerita orang hilang, tapi bila dijumpai dia cakap rasa macam baru sejam dua? Tapi sebenarnya dah 31 jam tak nampak bayang?
Itulah yang terjadi kat Muhamad Aidil Asyraf Fadli, 15, yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran bila dia hilang masa cari lembu kat Kampung Permatang Pasir, Melaka.
Aidil ni anak kedua daripada enam beradik. Seorang remaja yang biasa tolong jaga lembu dengan pakcik dia. Tapi siapa sangka, rutin biasa hari Rabu tu bertukar jadi mimpi ngeri. Dia hilang sampai satu kampung risau!
Lebih kurang 6.30 petang Rabu, Aidil keluar cari lembu betina yang lesap masuk kawasan hutan pokok kelapa. Tapi dia pun turut hilang dalam pencariannya.
Pihak bomba, polis, orang kampung – semua sama-sama bantu cari. Operasi besar-besaran dua hari dua malam. Tapi, tak ada siapa terjumpa bayang Aidil langsung.
Tiba-tiba, jam 1.57 pagi Jumaat, Aidil dijumpai terbaring bawah pokok, 600 meter dari tempat asal dia cari lembu.
Aidil bila ditanya, “Rasa macam baru sejam dua,” katanya. Tak dengar suara orang jerit nama dia, tak ada mimpi aneh, tak ada apa-apa pun.
Ibunya, Siti Norehan Azhar, 38, pula percaya anak dia mungkin “masuk alam lain”. Katanya, banyak hadis pun ada sentuh tentang kewujudan makhluk halus. Dia turut bimbang untuk memberi Aidil jaga lembu lagi.
Itu lah misterinya. Dengan ramai sangat orang cari, siap ada yang masuk kolam tinggal dua kali, tak nampak apa-apa. Tapi bila ada yang azan kat kolam tu, baru lembu betina tu keluar.
Aidil pula cuma ingat dia dekat kolam cari lembu… Lepas tu tiba-tiba dah terbaring bawah pokok.
Ibu Aidil harap semua orang berhenti kecam. Netizen ramai judge kenapa biar anak OKU jaga lembu sorang-sorang.
“Kalau saya tahu benda ni nak jadi, takkan saya lepas dia macam tu je. Hidup saya dah macam nak gila bila dia hilang,” luahnya sebak.
Terima kasih kepada polis, bomba, orang kampung yang tak tidur malam cari Aidil. Walaupun misteri belum terjawab sepenuhnya, yang penting Aidil selamat. Syukur!
Kredit
Reza A Hamid
Malaysia Gazette