Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Remaja bawah umur pandu kereta ibu tanpa lesen

by Myra Hamdi
June 30, 2023
2 min read
5 0
0
Remaja bawah umur pandu kereta ibu tanpa lesen
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis kerana memandu kereta secara melulu dan tanpa lesen dengan membawa empat penumpang di Taman Banggol Indah, Chukai , semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, remaja terbabit ditahan kira-kira jam 5.15 petang setelah dikesan memandu kenderaan secara melawan arus.

Ujarnya, tindakan tersebut disedari anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman ketika menjalankan Op Lancar/Op Samseng Jalanan di sekitar kawasan itu pada jam 4 petang.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

“Polis mengesan suspek yang memandu kereta jenis Proton Saga berwarna putih datang dari arah bertentangan secara melawan arus ketika melalui Jalan Bawah Jambatan Geliga (Waterfront).

“Anggota bertugas cuba menahan kenderaan itu namun pemandunya tidak mengendahkan arahan supaya berhenti dan terus memecut laju untuk melarikan diri.

“Polis terus mengekori dan mengarahkan supaya kereta itu berhenti sebanyak tiga kali namun masih tidak diendahkan,” katanya menerusi kenyataan di sini, pada Khamis malam.

Menurut Hanyan, polis mengekori suspek sejauh 10 kilometer (km) sebelum remaja berkenaan memberhentikan kenderaan di sebuah kedai dobi layan diri dan bertindak melarikan diri.

“Suspek bersama empat rakan berusia lingkungan 13 hingga 16 tahun berjaya ditahan dan dibawa ke BSPT Kemaman untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya.

Hanya berkata, pihak polis akan mereman suspek pada Jumaat untuk diambil keterangan manakala penumpang lain telah dibebaskan.

Jelas beliau, pemilik kenderaan iaitu ibu suspek juga akan dipanggil untuk diambil keterangan dan berdepan saman kerana membenarkan orang yang tiada lesen memandu kenderaan.

Dalam pada itu, Hanyan berkata, polis mengesan beberapa kesalahan lain dilakukan suspek menyebabkan kereta itu dipandu secara melulu dan berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Suspek memandu kereta secara zigzag di jalan persekutuan bermula dari kilometer 155 hingga kilometer 157, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dan tidak berhenti di lampu isyarat Mak Lagam.

“Kereta itu juga telah memotong secara bahaya dan potong Q (potong barisan) di lampu isyarat Stesen Bas Geliga,” katanya.

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Hukum berhutang bagi mengerjakan ibadah korban

Next Post

Pemanis dalam Diet Coke penyebab kanser

Next Post
Pemanis dalam Diet Coke penyebab kanser

Pemanis dalam Diet Coke penyebab kanser

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker