Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

PPS baru dibuka, mangsa banjir di Perak meningkat

by Myra Hamdi
October 30, 2023
2 min read
6 0
0
PPS baru dibuka, mangsa banjir di Perak meningkat
Share on FacebookShare on Twitter

Musibah banjir di Perak terus mencatatkan peningkatan bilangan mangsa pagi ini dengan 156 orang daripada 45 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Ianya berbanding 92 orang daripada 23 keluarga jam 4 petang semalam.

Menurut laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak setakat jam 8 pagi menunjukkan, sebuah PPS baharu dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Star jam 8 malam tadi dengan pemindahan seramai 30 mangsa daripada 11 keluarga.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Kesemua mangsa diarahkan berpindah selepas banjir melanda dua kampung di daerah berkenaan membabitkan Kampung Sungai Star Kecil dan Kampung Tanjong Lengkong.

Dua PPS lain iaitu PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak (dibuka Isnin lalu) di daerah Hilir Perak dan PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak (dibuka Selasa lalu) di daerah Kerian masih aktif.

“Hilir Perak menjadi daerah paling terjejas di Perak dengan merekodkan 85 mangsa (25 keluarga) ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak selepas beberapa kampung di Changkat Jong dinaiki air kesan limpahan Sungai Bidor.

“PPS SK Changkat Lobak pula mencatatkan 41 mangsa daripada sembilan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong dekat sini mencecah 4.10 meter (m), melepasi paras bahaya 3.50 m.

“Paras air di Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang dan Sungai Slim di Slim River berada pada paras amaran dengan masing-masing merekodkan 13.92m (paras amaran bagi Sungai Kinta, 13.75m) dan 25.31m (paras amaran bagi Sungai Slim, 25.20m).

“Selain itu, Sungai Kerian di Selama dan Sungai Ijok di Titi Ijok berada pada paras berjaga-jaga dengan masing-masing merekodkan 11.52m (paras berjaga-jaga bagi Sungai Kerian, 11.00m) dan 11.62m (paras berjaga-jaga bagi Sungai Ijok, 11.30m),” jelasnya.

Previous Post

Baca dan fahami label makanan anda

Next Post

CEO Telegram tidak akan sekat hantaran mengenai Palestin

Next Post
CEO Telegram tidak akan sekat hantaran mengenai Palestin

CEO Telegram tidak akan sekat hantaran mengenai Palestin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker