Muhammad Qayyim Nizar Sarimi 25, qari dari Kelantan dinobatkan Johan Kategori Tilawah Kebangsaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2023 dengan memperoleh markah sebanyak 92.67%.
Qayyim merupakan peserta qari kekurangan upaya (OKU) penglihatan menggunakan Al-Quran Braille pada malam kedua MTHQK 2023 itu telah menarik perhatian dan menyentuh hati ramai orang.
Anak sulung daripada 6 beradik itu berkata ramai peserta yang hebat menyertai MTHQK 2023 pada tahun ini dan berharap negara ini akan terus melahirkan qari serta qariah yang akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencintai Al-Quran.
Beliau merupakan peserta OKU pertama yang memenangi pertandingan ini sejak ianya diadakan.
Manakala Johan Qariah bagi kategori yang sama dimenangi oleh Nor Hidayah Abd Rahman dari Terengganu dengan markah keseluruhan 85.0%
Nor Hidayah sebelum ini pernah memenangi pertandingan Tilawah Peringkat Negeri Terengganu pada tahun 2019, beliau juga mempunyai seorang kembar dan bergelar johan tilawah peringkat negeri pada 2015.
Manakala bagi Johan Keseluruhan MTHQK 2023 disandang oleh Negeri Sembilan.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official