Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Thursday, June 5, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Pengguna jalan raya berhenti melebihi garisan putih berdepan penjara dan denda

by Team Kepochi
August 3, 2023
2 min read
6 0
0
Pengguna jalan raya berhenti melebihi garisan putih berdepan penjara dan denda
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan melebihi garisan putih ketika berada di lintasan jalan raya boleh dikenakan tindakan penjara dan denda.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, Op Garisan Putih antara yang telah dilaksanakan menerusi Op Pematuhan Peraturan Lalu Lintas di seluruh negara.

Tambahnya, antara operasi yang dijalankan ialah Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959) iaitu tidak boleh memberhentikan kenderaan di lintasan.

RELATED STORIES

Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

June 3, 2025
Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

June 3, 2025

“Pemandu kenderaan tidak boleh menyebabkan kenderaan atau mana-mana bahagian kenderaannya berhenti di dalam kawasan lintasan melainkan sama ada dia dilarang daripada bergerak oleh keadaan yang diluar kawalannya atau jika perlu baginya untuk berhenti bagi mengelakkan kemalangan.

Jelasnya lagi, pengguna jalan raya diingatkan untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak berhenti melebihi garisan putih kerana perbuatan ini adalah salah satu punca berlakunya kesesakan jalan raya selain mengundang kemalangan dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Pada 28 Julai, JSPT Bukit Aman memberitahu pelaksanaan enam operasi khas bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Tindakan pematuhan peraturan lalu lintas itu meliputi Op Lampu Isyarat Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Halangan Lalu Lintas, Op Garisan Putih, Op Parkir Haram dan kempen Op Didik.

PDRM melalui JSPT akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas semua pengguna kenderaan di seluruh negara bagi mendidik dan memberi kesedaran agar mematuhi undang-undang lalu lintas. 

Justeru, JSPT menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Pastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi,” tegasnya.

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Satu ujian teori saja untuk ambil lesen memandu berbeza mulai 15 September

Next Post

Hukum pemandu e-hailing muslim menghantar penumpang ke rumah ibadat berlainan agama.

Next Post
Hukum pemandu e-hailing muslim menghantar penumpang ke rumah ibadat berlainan agama.

Hukum pemandu e-hailing muslim menghantar penumpang ke rumah ibadat berlainan agama.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
  • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker