Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, June 7, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Hiburan

Pendekar Awang ‘Bangkit’ Bertemu Penonton Bermula 11 Januari Ini

by Team Kepochi
January 2, 2024
2 min read
8 0
0
Pendekar Awang ‘Bangkit’ Bertemu Penonton  Bermula 11 Januari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Filem ‘Pendekar Awang – Darah Indera Gajah’ merupakan kesinambungan daripada filem yang menerima kutipan tertinggi hampir RM100 juta ketika ditayangkan, Mat Kilau.

Filem terbitan Studio Kembara ini merupakan sebuah filem yang diinspirasikan daripada kisah benar bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada Januari ini.

Dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon hebat antaranya Fattah Amin, Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Nam Ron dan juga Amerul Affendi.

RELATED STORIES

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

May 26, 2025
Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

March 13, 2025

Penggambaran filem Pendekar Awang yang menelan kos sebanyak 12 juta ringgit ini telah mula dijalankan pada Januari tahun 2023.

Menurut penerbit, Abdul Rahman Mt Dali, konsep hiburan Studio Kembara adalah menyajikan hiburan bermanfaat untuk seisi keluarga.

“Sambil berhibur diharap filem ini mampu meningkatkan kepada rasa cinta kepada tanahair, menghargai pengorbanan pejuang-pejuang tanah air dahulu kala serta meningkatkan semangat positif lagi terpuji di kalangan anak muda”. Jelasnya.

“Filem kali ini juga turut mengangkat peranan wanita dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan tanahair”.

Peristiwa di dalam Filem Pendekar Awang ini berlaku selepas kebangkitan pahlawan melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang.

Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat. Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga
mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat.

Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai Kapten Syers kali ini?

Saksikan filem epik sejarah ini di pawagam berdekatan bermula 11 Januari ini.

Previous Post

Hijrah Aisyah temui ketenangan

Next Post

Microsoft Memperkenalkan Aplikasi CoPilot di Telefon Pintar

Next Post
Microsoft Memperkenalkan Aplikasi CoPilot di Telefon Pintar

Microsoft Memperkenalkan Aplikasi CoPilot di Telefon Pintar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker