Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Monday, June 30, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Hiburan

Pembikin filem 50 negara ‘berkampung’ di KL Ogos

by Team Kepochi
January 11, 2024
3 min read
5 0
0
Pembikin filem 50 negara ‘berkampung’ di KL Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih 50 negara bakal menyertai Anugerah Akademi Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFAA) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama lima hari mulai 7 Ogos depan.

Sarat pelbagai program komprehensif termasuk jaringan perniagaan dan malam kemuncak anugerah berprestij, KLIFAA 2024 yang julung kali dianjurkan bakal menjadi platform pertukaran budaya dalam kalangan pembikin filem dan industri kreatif.

Pengerusi KLIFAA, Tengku Tan Sri Azlan Abu Bakar, berkata KLIFAA 2024 bakal menjadi bukti kehebatan seni pembikinan filem dan bahasa penceritaan sejagat. 

RELATED STORIES

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

May 26, 2025
Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

March 13, 2025

“KLIFAA 2024 berhasrat menjadi lebih daripada majlis anugerah. Acara ini bertujuan menjadi platform pertukaran budaya. 

“Acara ini menyerlahkan komitmen festival untuk mempromosi kepelbagaian, kecemerlangan artistik dan keterangkuman dalam industri produksi filem dan televisyen (TV) global,” katanya pada sidang media di Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Petaling Jaya, Selasa lalu.

Tengku Azlan berkata, KLIFAA mahu dijadikan sebagai acara berprestij.

Sehubungan itu, suntikan modal dianggarkan RM6 juta hingga RM10 juta diperlu bagi merealisasikan acara berkenaan.

“Tema KLIFAA 2024 adalah ‘Inspiring Brilliance, Igniting Passion’ yang mengetengahkan semangat festival dan hasrat menyatukan budaya, mencetus idea dan mengilhamkan kreativiti pada skala global. 

“Acara anugerah ini memberi tumpuan kepada meraikan bakat baharu, memupuk kreativiti dan mengiktiraf pencapaian luar biasa dalam filem cereka, drama TV, dokumentari, filem pendek dan animasi,” katanya.

Tengku Azlan berkata, pentauliahan untuk acara monumental itu terbuka kepada pembuat filem, artis, penerbit, pengamal industri, wartawan, jurugambar, kru radio dan kru TV.

“Tidak ketinggalan wartawan portal dalam talian, koresponden agensi berita, ejen perhubungan awam dan pelajar filem serta peminat yang berminat untuk membabitkan diri dalam meraikan kecemerlangan sinematik ini,” katanya.

Tambah Tengku Azlan, setakat ini peserta dari 21 negara sudah menunjukkan minat menyertai KLIFAA 2024, termasuk pembikin filem terkenal Iran, Majid Majidi.

Bagaimanapun, penganjur bimbang pergolakan di Gaza, Palestin yang masih berlarutan menyebabkan hasrat pembikin filem dari wilayah berhampiran untuk bertandang ke Kuala Lumpur, terbantut.

Timbalan Pengerusi KLIFAA, Datuk Afdlin Shauki optimis pembabitan juri antarabangsa menarik minat pengkarya filem dari serata dunia menyertai KLIFAA 2024. 

“Ini adalah tahun pertama kami. Apa yang kami perlu lakukan adalah memikirkan strategi bagaimana untuk tarik minat penggiat filem luar untuk sertai festival ini.

“Biar mereka rasa KLIFAA festival filem yang penting di Asia Tenggara seperti festival filem lain, contohnya, Festival Filem Busan. 

“Salah satu cara mencapai tahap itu adalah dengan menjemput juri antarabangsa yang dikenali seperti Majid Majidi yang berasal dari Iran.” katanya.

Berkongsi mengenai strategi mempromosikan KLIFAA 2024, Pengarah KLIFAA, Datin Paduka Shuhaimi Baba, berkata undangan kepada pejabat kedutaan di Malaysia sudah dihantar.

“Kita juga akan hubungi penganjur festival filem dan kenalan dalam kalangan pembikin filem luar negara untuk mengajak mereka menyertai KLIFAA 2024,” katanya.

Artis dan pembikin filem berbakat dari seluruh dunia boleh mengambil bahagian dengan menghantar karya mereka bersaing dalam kategori dipertandingkan mulai 1 Mac hingga 31 Mei dengan melayari www.klifaa.com.

-BH

Previous Post

Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus – KPN

Next Post

Harimau Malaya & Safee Sali dalam eFootball 2024

Next Post
Harimau Malaya & Safee Sali dalam eFootball 2024

Harimau Malaya & Safee Sali dalam eFootball 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker