Berdasarkan laporan Sinar Harian, perkataan atau ayat ‘sayang’ dan ‘dear’ yang diucapkan oleh mana-mana pegawai awam sehingga menganggu mangsa diketegorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan menurut surat edaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Bagi kesalahan gangguan seksual secara fizikal melibatkan perbuatan seperti menyentuh, memegang, raba, cium, cubit, usap, peluk, merapati dan lain-lain oleh penjawat awam.
Semua kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993