NVIDIA merupakan nama yang sudah tidak asing lagi dalam industri Ai. Syarikat teknologi AS ini merupakan salah satu pengembang terbesar graphics processing units (GPU).
Baru-baru ini NVIDIA mengumumkan Chat with RTX yang membenarkan pemilik PC dengan kad grafik mereka untuk menggunakan chatbot melalui kecerdasan buatan (AI) secara terus dari peranti.
Tiada internet diperlukan dan chatbot yang dihasilkan boleh dilatih menggunakan data peribadi yang tidak dikongsi dalam storan atas talian bagi memastikan privasi pengguna dijaga dengan baik.
Pengguna Chat with RTX boleh memilih model AI yang ingin digunakan terus dari PC mereka. Seterusnya, pengguna juga boleh memilih dokumen apakah yang boleh diakses bagi keperluan kerja.
Pengguna kemudian boleh bertanya kepada Chat with RTX mengenai maklumat di dalam dokumen-dokumen yang telah diakses. Terdapat juga ciri yang lainnya di mana pengguna boleh meminta Chat with RTX menganalisa video sebelum menghasilkan ringkasan kandungan.
Namun, pengguna Chat with RTX akan memerlukan sistem yang agak besar untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik, sekurang-kurangnya anda perlu memliliki kad grafik (GeForce) siri RTX 30 serta RTX 40 yang dilengkapi sekurang-kurangnya 8GB VRAM, serta 16GB RAM.