MICROSOFT kini memperkenalkan sebuah aplikasi khusus Copilot untuk para pengguna peranti Android dan iOS, sekali gus membolehkan para pengguna untuk mengakses sokongan kecerdasan buatan terus melalui telefon pintar.
Melalui aplikasi Copilot, ia menawarkan antaramuka lebih kurang sama seperti ChatGPT.
Pengguna boleh bertanyakan soalan melalui input berasaskan teks, gambar ataupun suara.
Dilengkapi dengan sokongan GPT-4, di mana pengguna boleh memilih untuk mengaktifkan atau sebaliknya.
Buat kedua-dua pengguna yang memiliki peranti Android dan iOS, aplikasi Copilot boleh dimuat turun dan menggunakannya.
Namun ianya juga boleh diakses melalui aplikasi Bing Ai yang juga memiliki ciri Image Creator iaitu mencipta dan mengedit imej dengan menggunakan teknologi AI yang canggih.
Pengguna perlu log masuk ke akaun Microsoft sebelum boleh menggunakannya secara percuma.