KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000

Sonny IkmalBerita3 months ago56 Views

Melaka- Ada orang ingat dia bijak, boleh simpan barang kawalan macam gas LPG dan diesel sesuka hati. Tapi malang tak berbau bila KPDN Melaka serbu terus dan rampas semua!

Pada 13 dan 14 Mei 2025, dua lokasi satu di Klebang Besar dan yang kedua Alor Gajah diserbu dalam Ops Gasak & Ops Tiris 2025. Hasilnya, dua lelaki tempatan ditahan dan nilai barang rampasan mencecah lebih RM48,000!

Kes Pertama di Klebang Besar
Hasil risikan dan aduan awam, KPDN menyerbu satu premis yang simpan 17 tong gas LPG 14KG bernilai lebih RM2,100. Masalahnya, pemilik tak ada lesen sah untuk simpan barang kawalan tersebut. Makanya, terus kena tindakan bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Seorang lelaki kena tahan.

Kes Kedua di Alor Gajah
Lagi ‘berani mati’, premis ini simpan 13,040 liter minyak diesel yang disyaki untuk tujuan jualan haram. Nilai rampasannya lebih RM46,000! Pemilik yang ini pun sama, gagal kemukakan dokumen atau lesen. Kena tahan juga, dan siasatan dijalankan.

Kalau sabit kesalahan, boleh kena denda sampai RM1 juta, penjara 3 tahun, atau kedua-duanya sekali. Kalau buat lagi, lagi naya denda naik ke RM3 juta dan penjara 5 tahun! Kalau syarikat pula, denda boleh mencecah RM5 juta!

KPDN Melaka tak main-main bila bab kawal barang subsidi ni. Mereka sentiasa buat pemantauan dan operasi untuk pastikan rakyat tak tertindas dengan ketirisan atau penyelewengan.

“KPDN memberi amaran dan mengingatkan kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.” Kata Dr. Mohd Hazimin bin Jamaludin, Pengarah KPDN Melaka dalam satu kenyataan media.

Jadi apa kita boleh buat?
Jadi mata dan telinga KPDN! Nampak benda pelik? Lapor terus. Ni antara saluran yang korang boleh cuba:

i) Aplikasi WhatsApp ke 019-848 8000 

ii) Portal e-aduan@kpdn.gov.my; 

iii) Call centre 1 800 886 800; 

iv) Aplikasi telefon pintar Ez Adu KPDN

v) Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) KPDN Negeri Melaka  

di talian 06-2345869 (8am – 6pm)

kampungbet kampungbet situs slot gacor situs toto kampungbet monperatoto kampungbet kampungbet situs hk
Follow
Search
TERLEPAS KE?
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...