Seorang influencer di Facebook, Zunita Ramli terdetik untuk menonton live Khairul Aming di instagram.
Zunita yang merupakan seorang influencer yang banyak berkongsi maklumat tentang negara Jepun itu turut berkongsi nota-nota penting dari apa yang dia dapat dari sesi live Khairul Aming. Antara perkongsian dari Khairul Aming yang berjaya dicatat oleh Zunita ialah:
1. Sentiasa upgrade skill baru
Sentiasa upgrade skill. Kalau dulu pandai edit video je, belajar buat live pulak. Kalau dah pandai buat live, belajar menulis pulak. Dah menulis belajar skill lain pulak. Sentiasa upgrade ilmu untuk kekal lama dalam industri.
2. “Content economy”
Trend sekarang ramai content creator ada business sendiri. Ini dinamakan “content economy”. Kalau dulu content creator letak iklan kat konten dia untuk dapat duit, lepas tu evolusi promote produk orang, sekarang content creator promote produk sendiri pulak. So belajar buat content, bukan sekadar untuk viral je, tapi untuk generate economy. Sekarang ni, klinik gigi pun buat content oih.
3. Belajar tak semestinya dengan mentor/coach
KA tak ada mentor/coach. Tak salah nak bayar mentor untuk belajar, tapi jangan tunggu mentor suap baru nak belajar. Kena sentiasa proaktif untuk belajar, gunakan internet dan segala sumber yang ada sebaiknya.
4. Public Relations (PR)
PR ni sangat penting. Especially kalau masa tu kita stress, tetiba ada orang nak bergambar dengan kita. How we respond matter. Sat g orang cakap kekwat hah sudah. Belajar macam mana “bawa diri”.
5. Build audience
Jangan gopoh berhenti kerja sebab nak jadi content creator. Build audience dulu. Nak build audience ni ambil masa lama, boleh makan tahun. Sabar dan konsisten. Kalau ada kerja hakiki, boleh je create content pada waktu malam lepas kerja.
6. Be selective bila ambil paid review
Bila dah viral, jangan accept semua offer review. Kalau review semua benda contoh masakan, travel, gajet, skincare, baju, nanti benda tu lama-lama kurang impak pada audience. Sebab semua pun kita sapu. Benda ni jugak boleh impact kita punya personal branding juga, sebab sponsor semestinya ada cara yang dia nak kita buat review. Bila dah terikat, kita boleh hilang personal branding kita sendiri.
7. Be knowledgable
Dapatkan ilmu tak semestinya tentang niche kita, tapi apa-apa je. Dengan cara ni kita boleh nampak general trend & apa yang berlaku di dunia.
8. Ada niche (1-2 cukup)
Jangan gopoh nak niche banyak-banyak. Masak pun dia, gajet pun dia, travel pun dia, baju pun dia, eh semua dia lah. Benda ni impak dia orang susah nak ingat kita. Contoh mudah, cakap pasal Jepun, teringat Zunita. Eh
9. Beri value
Make sure content kita tu beri value la kat audience. Beri value tu maksudnya beri nilai. Macam bagi ilmu resepi ke, bagi ilmu editing ke, bagi nilai rasa humor ke.. apa-apa saja.
10. Networking
Sentiasa kembangkan networking. Kalau pergi event tu, jangan click dekat 1 group je, mingle around jumpa orang-orang baru. Dan kalau dah ada peluang tu, ambil peluang sebaiknya.
Thank you KA.
Sharing yang sangat bermanfaat. Saya kongsikan di sini juga untuk manfaat semua. InshaAllah 😊
Sumber: Zunita Ramli