Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Sunday, May 11, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Kes mayat disimen dalam kolah, suspek direman tujuh hari

by Team Kepochi
December 6, 2023
1 min read
6 0
0
Kes mayat disimen dalam kolah, suspek direman tujuh hari
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi membenarkan tempoh reman tujuh hari ke atas seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita yang disimen di kolah tandas sebuah rumah, kelmarin.

Perintah reman bermula hari ini hingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid.

Terdahulu, suspek berusia 53 tahun itu yang diiringi anggota polis tiba di pekarangan mahkamah berkenaan pukul 9.47 pagi.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Tempoh reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia semalam melaporkan suasana di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran di sini, gempar dengan penemuan mayat wanita dipercayai warga asing berkenaan, kira-kira pukul 9.30 malam.

Siasatan dijalankan polis selepas menerima laporan daripada pemilik rumah itu berkaitan terdapat mayat di kolah bilik air rumah sewa tersebut.

Mayat wanita itu ditemukan selepas anggota bomba bertindak memecahkan simen kolah berkenaan.

Polis setakat ini menahan seorang lelaki dan sedang mengesan dua lagi suspek bagi membantu siasatan.

Dua individu itu masing-masing dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh yang dikenalpasti menyewa rumah tersebut dan dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat yang akan dijalankan esok. – UTUSAN

Previous Post

Diskaun 50 peratus bayar saman trafik hingga 10 Disember

Next Post

Kanak-kanak autisme hilang ditemui mati dalam anak sungai

Next Post
Kanak-kanak autisme hilang ditemui mati dalam anak sungai

Kanak-kanak autisme hilang ditemui mati dalam anak sungai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!
  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker