Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Sunday, June 15, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Kenali Jenis Plastik Yang Selamat Untuk Diguna Semula!

by Myra Hamdi
June 2, 2024
4 min read
6 0
0
Kenali Jenis Plastik Yang Selamat Untuk Diguna Semula!
Share on FacebookShare on Twitter

Kebanyakan daripada kita sangat bergantung kepada penggunaan barangan plastik dalam kehidupan harian, walaupun kita sedar, plastik lebih sukar untuk dilupuskan mahupun dikitar semula berbanding bahan lain seperti kaca, aluminium atau kertas. Jom kita kenali kod dan jenis plastik yang selamat untuk digunakan dan diguna semula.

1. POLYETHYLENE TEREPHTHALATE (PET)

Dikenali dengan singkatan PET atau PETE.

RELATED STORIES

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

June 7, 2025
ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

June 7, 2025

Plastik jenis ini selalu digunakan dalam industri minuman berbungkus seperti air mineral, jus, dan minyak.

Jika botol ini terdedah kepada suhu tinggi atau bahan pencuci, ia boleh terurai dan membebaskan bahan kimia berbahaya iaitu antimoni.

Tidak disyorkan untuk guna semula. 

2. HIGH-DENSITY POLYETHYLENE (HDPE)

Dikenali sebagai HDPE. Jenis Plastik ini diperbuat daripada petroleum dan mempunyai tekstur yang keras, tidak lutsinar dan tahan suhu tinggi.

HDPE biasanya digunakan dalam pembuatan alat permainan kanak-kanak, bekas sabun pencuci, jar susu dan juga kerusi/meja lipat.

Belum ada kajian yang menunjukkan bahawa plastik jenis ini berbahaya.

Namun begitu kebanyakan plastik jenis ini digunakan sebagai bekas penyimpanan barang bukan jenis makanan.

3. POLYVINYL CHLORIDE (PVC)

Juga dikenali sebagai PVC variasi polimer termoplastik.

Plastik jenis ini selalunya dicampur dengan phthalates (sejenis plastisizer) untuk menjadikan plastik jenis ini lebih lembut dan boleh dilenturkan.

Contoh bahan seperti shower cap, tilam air, alat permainan mandi kanak-kanak, plastik yang boleh ditiub seperti pelampung dan juga pakaian. Plastik jenis ini bertoksik dan tidak selamat digunakan untuk tujuan penyimpanan makanan.

Antara toksik tersebut adalah seperti plumbum, DEHA, Dioxins, Ethylene dichloride, dan juga Vinyl chloride.

Kesan buruknya terhadap kesihatan termasuklah kurang berat badan sewaktu lahir, masalah pembelajaran dan tingkahlaku dikalangan kanak-kanak, sistem imunisasi badan yang rendah, gangguan hormon, kanser, kecacatan waktu lahir dan juga perubahan genetik.

4. LOW-DENSITY POLYETHYLENE (LDPE)

Juga dikenali secara ringkasnya sebagai LDPE.

Seperti HDPE, LDPE juga adalah termoplastik yang diperbuat daripada petroleum. Plastik jenis ini mudah lentur dan kuat tetapi boleh dikoyakkan.

Ia selalunya digunakan untuk lapisan dalam dan luar kotak minuman (menjadikan kotak tersebut kalis air), bakul plastik beli-belah, dan juga bahan pembungkus.

Setakat ini belum ada kajian yang menunjukkan bahawa plastik jenis ini berbahaya atau memberi kesan terhadap kesihatan kita.

Oleh itu, boleh dikatakan plastik jenis ini selamat untuk digunakan semula untuk tujuan penyimpanan makanan atau minuman.

( Bekas penyimpanan makanan jenama Tupperware mempunyai kod no 4)

5. POLYPROPYLENE (PP)

Polypropylene atau PP adalah polimer termoplastik.

Plastik jenis ini besifat tahan lasak, kuat, tahan kepada suhu tinggi dan juga boleh menghalang kelembapan daripada memasuki bahan yang dilindunginya.

PP selalunya digunakan sebagai bekas yogurt, bekas marjerin, gelas plastik, botol susu bayi, barang dapur, bekas plastik microwave.

PP selamat digunakan. Belum ada kajian menunjukkan bahawa plastik jenis ini berbahaya jika digunakan semula.

6. POLYSTYRENE ATAU POLISTIRENA (PS)

Polystyrene yang dikenali secara ringkasnya sebagai PS adalah plastik yang berasaskan petroleum.

Ianya selalunya wujud dalam keadaan keras ataupun dalam bentuk styrofoam.

Polistyrene digunakan secara meluas dalam pembungkusan dan juga sebagai penebat haba. Contoh kegunaan yang sangat meluas ialah bekas bungkus makanan yang berbentuk Styrofoam berwarna putih ( bekas polistrin)

Styrene (asas molekul polystrene) diklasifikasikan sebagai bahan beracun oleh IARC.

Pendedahan dalam jangka masa panjang kepada styrene (polystyrene) akan mengakibatkan kesan neurotoksik (cepat letih, rasa gugup yang keterlaluan, dan kesukaran untuk tidur), hematologi (menjejaskan kandungan darah), cytogenetic (kecacatan genetik), dan juga kesan karsinogenik.

LAIN-LAIN (OTHER)

Plastik yang mempunyai kod nombor 7 adalah plastik yang mana bahan asasnya tidak dapat ditentukan dengan jelas.

Kod nombor 7 bermaksud lain-lain yang mana ia mungkin mengandungi bahan beracun dan juga tidak.

Selalunya ia dilabelkan dengan ringkasan PC, yang bermaksud Polycarbonate yang mana mengandungi BPA dan bahaya kepada kesihatan kita.

Biasanya plastik dengan kod nombor 7 ini digunakan untuk pendawaian elektrik, bekas cd atau dvd dan juga botol bayi.

Elakkan daripada memakai semula botol plastik yang mempunyai kod no 7 kerana kita tidak pasti sama ada plastik yang digunakan memudaratkan kesihatan atau tidak.

Previous Post

Israel menafikan serangan ke atas kem berhampiran Rafah yang dikatakan membunuh 21 warga Gaza

Next Post

Operasi Hormat Undang-Undang di KL bermula 4 Jun

Next Post
Operasi Hormat Undang-Undang di KL bermula 4 Jun

Operasi Hormat Undang-Undang di KL bermula 4 Jun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker