Sebanyak lima buah kereta milik PDRM digunakan untuk membawa keluar pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, setelah tamat prosiding pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin.
Petugas media hadir seawal 7.30 pagi.
Pegawai tersebut akan dituduh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suasana sekitar mahkamah tenang dengan ahli keluarga mangsa turut hadir.
Pihak polis bagaimanapun mengambil langkah keselamatan dengan mewujudkan kawalan ketat di sekitar lokasi mahkamah. -BERNAMA