Polis kini menyiasat kematian kanak-kanak austisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matin sebagai kes bunuh selepas sebelumnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Kanak-kanak berkenaan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya jam 10 malam tadi oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari.
Dia ditemukan terbaring di sungai yang terletak pada jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya, di Aparment Idaman, Damansara Damai, di sini.
Memaklumkan perkembangan terbaharu itu sebentar tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati wujud unsur jenayah.
“Bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan pada leher dan tubuh mangsa, dipercayai mempunyai kaitan dengan perbuatan jenayah,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. -BH