Jocelyn Chia, pelawak berasal Singapura yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi kehilangan pesawat MH370 baru-baru ini akan disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut laporan, PDRM akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mendapatkan identiti penuh dan lokasinya terkini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata permohonan tersebut akan dibuat esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Menurutnya, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 504/505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Malah, PDRM juga telah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu proses siasatan ke atas akaun media sosial digunakan pelawak wanita berkenaan katanya melalui sidang media program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis ke-216 Tahun 2023 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, Cheras, di sini hari ini.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official