Sejak kebelakangan ini ketika garis hujan monsun bergerak ke utara Khatulistiwa menjadikan cuaca kering berterusan direkodkan di kebanyakan bahagian di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan selatan Thailand.
Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) telah mengeluarkan amaran bahawa Malaysia dan rantau selatan ASEAN bakal dilanda jerebu teruk antara bulan Jun dan Oktober tahun ini.
Menurut ASMC, dengan kemungkinan tinggi El Nino berlaku dalam beberapa bulan akan datang, musim kemarau dijangka lebih teruk dan berpanjangan.
Kira-kira 23 titik panas dikenal pasti di Sarawak sahaja sebagai negeri itu menghadapi cuaca kering yang berpanjangan pada tahun ini sahaja.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official