Seorang pelajar lulusan Sarjana Muda Sains Senibina mencuri tumpuan di majlis konvokesyennya di UITM Shah Alam.
Diya Syafiqah selepas mendapat sijil menunjukkan isyarat tangan dihadapan kamera. Isyarat tangan tersebut menjadi tanda tanya apakah yang cuba disampaikan.
Rupa-rupanya isyarat tangan bermaksud “saya sayang ibu & bapa saya”.
Video itu telah dimuat naik di laman Tiktok melalui akaun fuglypato14. Setakat artikel ditulis, video tersebut sudah mendapat 2.1 juta tontonan.
Rata-rata penonton tersentuh dengan video yang tular tersebut. Ruangan komen juga dipenuhi dengan komen yang positif dari penonton.
Seperti yang diketahui, jurusan Senibina adalah antara jurusan yang susah. Tahniah kepada Diya Syafiqah kerana telah berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Senibina.
Terima kasih kerana telah memulakan trend yang positif.
Sumber Video: fuglypato14
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official