Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Isu caj sos cili, polis sedang mengesan pelanggan susulan laporan polis dibuat oleh McD

by Team Kepochi
September 28, 2023
2 min read
8 0
0
Isu caj sos cili, polis sedang mengesan pelanggan susulan laporan polis dibuat oleh McD
Share on FacebookShare on Twitter

Polis Melaka sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan lanjut, berhubung perselisihan faham berkaitan pembelian sos cili di sebuah restoran makanan segera di Taman Buaya di sini, pada 22 September lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, rakaman percakapan lelaki berusia 45 tahun yang merupakan seorang peniaga itu, diperlukan memandangkan terdapat beberapa versi berhubung kejadian itu daripada kedua-dua pihak.

“Kita telah menerima laporan polis yang dibuat pekerja wanita restoran makanan segera berkenaan di Balai Polis Ayer Keroh pada 7.16 malam semalam (Selasa), kerana berasa terancam dan risau akan keselamatan dirinya selepas pelanggan lelaki berkenaan merakam insiden itu.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

“Rakaman percakapan wanita tersebut juga telah diambil semalam, selepas beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, versi kejadian yang dilaporkan lelaki berkenaan ialah beliau diminta membayar sos cili tambahan yang diminta, walaupun telah membeli makanan di restoran tersebut.

“Versi kedua iaitu dari pihak pekerja wanita berkenaan pula ialah, beliau dipaksa lelaki tersebut untuk menjual 10 peket sos cili, walaupun telah diterangkan bahawa tiada pembelian sos cili dibenarkan, kerana ia diberikan secara percuma oleh pihak restoran makanan segera itu.

Christopher berkata, wanita itu juga turut dimarahi dan ditengking lelaki terbabit dalam kejadian antara 10 hingga 11 malam, 22 September lepas.

Beliau berkata, tiada kecederaan atau kerugian dilaporkan berlaku dalam kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, kerana ugutan jenayah.

Dalam pada itu, Christopher berkata,menerusi semakan ‘Integrated Police Reporting System’ (IPRS) yang dilakukan, mendapati terdapat satu laporan polis dibuat berhubung kes itu oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, susulan tindakan kompaun yang diambil ke atas premis berkenaan, kerana tidak mempamerkan tanda harga.

Semalam, syarikat pengendali restoran makanan segera itu dalam kenyataan memaklumkan, insiden berkenaan berlaku ekoran kakitangannya memberikan sos cili peket yang tidak mencukupi, bersama hidangan makanan yang dibeli pelanggan.

Situasi itu menyebabkan pelanggan berkenaan berang dan terjadinya insiden caj RM1 bagi satu peket sos cili. – Bernama

Previous Post

Sami warga asing ditangkap, bantu siasatan kes rogol

Next Post

PKPS 2.0 Peluang Berbakti Kepada Negara

Next Post
PKPS 2.0 Peluang Berbakti Kepada Negara

PKPS 2.0 Peluang Berbakti Kepada Negara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker