Pada 3 Jun lalu, laman media sosial dikecohkan dengan kehilangan seorang isteri dek kerana permainan atas talian iaitu PUBG. Dia didakwa lari meninggalkan anak serta suaminya kerana permainan tersebut.
Pada hari ini terdapat seorang wanita yang didakwa sebagai sepupu beliau tampil mempertahankan wanita tersebut dan menjelaskan isu yang sebenar di laman media sosial twitter. Tweet tersebut mendapat 1,600 kicauan dan 1,015 tanda suka.
Menurut wanita yang hanya ingin dikenali sebagai I, suami kepada wanita tersebut merupakan kaki pukul, serta tidak memberi nafkah dan turut mempunyai perempuan lain. Dia menegaskan bahawa semua dakwaan yang disebarkan di laman media sosial adalah fitnah semata-mata.
Selain itu, wanita tersebut juga memberitahu barang keperluan anak mereka turut ditanggung oleh keluarga.
Rata-rata netizen menggesa wanita tersebut untuk memperjelaskan isu sebenar di laman media sosial yang membetulkan semula keadaan yang semakin tegang.
Sumber: Twitter
Comments 1