Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Wednesday, July 2, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Identiti wanita disimen dikenal pasti polis

by Team Kepochi
December 9, 2023
2 min read
6 0
0
Identiti wanita disimen dikenal pasti polis
Share on FacebookShare on Twitter

Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang mayatnya ditemukan disimen di rumah di Pandamaran, Klang, Selangor, 4 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa adalah wanita warga India berusia 30-an dengan ketinggian dianggarkan sekitar 160 sentimeter (sm).

“Mangsa yang juga teman wanita kepada suspek tinggal di rumah sewa berkenaan. Pihak polis sedang mendapatkan bantuan kedutaan India untuk memperoleh maklumat dan menghubungi keluarganya.

RELATED STORIES

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

June 29, 2025
Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

June 7, 2025

“Pihak polis juga menyediakan lakaran wajah mangsa untuk dikongsi dengan media,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas mengenai identiti suspek yang juga warga India itu, Hussein berkata, pihaknya sudah mendapat maklumat mengenai perkara itu.

“Waran tangkap terhadap suspek itu akan diperolehi. Kita juga akan minta bantuan kedutaan India serta pihak polis India bagi mengesan dan menahan lelaki berkenaan.

“Dengan adanya dapatan siasatan ini, pihak polis menganggap kes ini sudah selesai dan dalam proses untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu menghubungi pegawai penyiasat kes atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan penemuan mayat wanita yang ditanam dan disimen di sebuah rumah di Pandamaran, Klang, pada 4 Disember lalu.

Difahamkan kediaman terbabit sebelum itu disewa dua lelaki warga asing sebelum mereka memaklumkan kepada pemilik rumah lelaki berusia 66 tahun ingin pindah keluar pada Oktober lalu.

Previous Post

Tiga kanak-kanak lemas dalam kolam tapak pembinaan

Next Post

Wanita cedera dilanggar tren

Next Post
Wanita cedera dilanggar tren

Wanita cedera dilanggar tren

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker