Adalah menjadi kerisauan buat para ibu yang sedang mengandung, apa yang mereka boleh makan & apa yang mereka tidak boleh makan.
Kerisauan ini terjadi kerana semua ibu mengandung mahu yang terbaik buat diri mereka serta bayi dalam kandungan mereka.
Terdapat satu persoalan di kalangan ibu-ibu mengandung mengenai makanan jepun yang popular iaitu sushi.
Benarkah ibu mengandung tidak boleh makan sushi? Adakah itu maklumat yang tidak tepat. Dr Imelda Balchin, seorang doktor pakar Obstetrics & Gynecology ada jawapannya.
Menurut Dr Imelda, ada sushi yang anda boleh makan tetapi ada sushi yang anda patut elakkan.
Sushi yang anda patut elakkan tu ialah yang sushi yang mengandungi ikan mentah. Ibu hamil mesti elak makan ikan mentah kerana didalam ikan mentah terdapat bakteria dan parasit berbanding ikan yang masak. Bakteria dahsyat yang doktor tidak mahu ibu hamil terjangkit ialah listeria monocytogenes
Listeria tu sangat dahsyat. Jangkitan listeria ini didapati 10 kali ganda lebih tinggi di kalangan ibu yang hamil jika dibandingkan dengan orang yang tak hamil, sebab immune system wanita menjadi sedikit lemah semasa hamil.
Kalau ibu hamil dijangkiti listeria, boleh menyebabkan demam, menggigil, muntah. Yang paling doktor takuti ialah ramai ibu hamil yang dijangkiti listeria ni tiada simptom tetapi listeria boleh masuk melalui uri placenta kepada anak di dalam kandungan menyebabkan keguguran, mengganggu pembesaran janin, kelahiran pramatang, dan kematian bayi.
Jadi kita mesti melindungi ibu hamil.
Kalau ibu hamil nak makan telur, ayam, daging atau ikan, pastikan ia sudah dimasak. Kalau nak minum susu, pastikan ia sudah dipasteurkan atau sudah disteril seperti yang dijual di kedai. Kalau beli susu mentah yang baru di perah dari ladang ternak, pastikan anda masak susu itu sehingga mendidih dulu sebelum ia selamat diminum. Kalau teringin nak makan telur separuh masak, boleh beli telur yang sudah dipasteurkan yang dijual di pasar raya.
Kalau telur yang dah pasteur ni, telan mentah-mentah adalah dibolehkan sebab telur sudah dibasmi kuman pathogen seperti susu pasteur.
Sushi yang tidak mempunyai ikan mentah, seperti sushi avocado atau timun dibolehkan makan.
Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda.
Sumber: Facebook Dr Imelda Balchin
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official