Kerap kita terjumpa iklan berbayar mahupun tidak berbayar mengenai produk-produk yang mempunyai kelebihan tertentu. Yang menjadi kerisauan para doktor ialah isu over claim dari pihak pemilik produk.
Produk over claim merujuk kepada situasi dimana pihak pemilik produk mencipta kelebihan yang tidak realistik dan melampau dalam mempromosikan produk mereka. Kelebihan melampau itu juga tidak disokong oleh bukti saintifik.
Produk cepat kurus juga tidak lari dari isu over claim. Antara yang menjadi kerisauan para doktor terdapat produk cepat kurus menyatakan produk mereka selamat diminum oleh ibu mengandung tiga bulan dan keatas.
Hal ini mendapat perhatian Dr Imelda Balchin, seorang doktor pakar Obstetrics dan Gynecology. Dr Imelda mengulas Dr pakar gynae tidak pernah menyarankan ibu mengandung untuk kurus walaupun ibu mengandung tersebut mengalami obesiti.
Beliau menambah, ibu mengandung yang sengaja menguruskan badan pada trimester kedua dan ketiga boleh mengakibatkan masalah pembesaran bayi.
Ibu yang ingin kurus dibolehkan untuk kurus sekiranya tidak mengandung. Beliau juga menasihatkan agar ibu-ibu mengandung lebih cakna dan tidak membeli sebarang produk yang boleh memudaratkan mereka serta anak dalam kandungan.
Sumber: Dr Imelda Balchin
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official