Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Wednesday, July 2, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

HPPNK 2023 tarik minat ramai pengunjung

by Team Kepochi
November 11, 2023
2 min read
0 0
0
HPPNK 2023 tarik minat ramai pengunjung
Share on FacebookShare on Twitter

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah di sini bermula semalam hingga Ahad menarik minat pelbagai golo­ngan.

Turut menjadi tumpuan pengunjung, seekor lembu sado jantan baka Charolais Lunaparc seberat lebih satu tan metrik (1,103 kilogram) yang dinamakan sebagai Jays. 

Pernah ditawarkan harga setinggi RM26,000 daripada seorang individu untuk membeli Jays, Ahmad Abqari Mat Ariffen, pemilik yang berumur 28 tahun ini bertegas untuk tidak menjualnya.

RELATED STORIES

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

June 29, 2025
Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

June 7, 2025

Bagi Ahmad Abqari, Jays sangat bermakna baginya lebih-lebih ianya yang kini berusia tiga tahun merupakan lembu terbesar pernah dimilikinya sejak berkecimpung selama 10 tahun dalam sektor penternakan.

“Sekitar pertengahan Jun tahun ini ada seorang pembeli yang tawarkan harga tersebut (RM26,000) dan kalau nak diikutkan boleh dikatakan agak tinggi, namun tak terdetik di dalam hati untuk menjualnya.

“Banyak nilai sentimental dan kenangan membesarkannya selain sepanjang berkecimpung dalam dunia penternakan lembu ini, Jays paling besar dan sangat manja dengan saya,” katanya ditemui Bernama pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini pada Jumaat.

Ahmad Abqari yang merupakan anak ke-11 daripada 13 adik-beradik turut berkongsi antara kenangan manis sepanjang membela lembu berkenaan ialah ketika memenangi gelaran ‘King Of Sado’ pada HPPNK Negeri Kelantan 2023 yang berlangsung di Pantai Irama Bachok, pertengahan Jun lepas.

“Kejuaraan yang dimenangi bagi kategori lembu hibrid itu juga telah melayakkan Jays dinobatkan sebagai lembu hibrid terberat di Kelantan,” katanya.

Selain itu, di HPPNK 2023 juga memberi kesempatan kepada golongan itu mendapatkan pengetahuan mengenai teknologi terkini dan pemasaran sekali gus menjana pendapatan yang tinggi dalam bidang pertanian, penternakan dan juga hasil laut.

Kali terakhir HPPNK diadakan ialah pada tahun 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

Bertemakan ‘Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan’ HPPNK 2023 dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

HPPNK 2023 dianjurkan ber­tujuan memberi kesedaran ke­pada masyarakat mengenai ke­pentingan sektor agro maka­nan untuk dijadikan satu agenda da­lam negara demi kesejahte­raan rakyat dan kestabilan pemba­ngunan negara. 

Oleh itu, para pengunjung dijemput untuk memeriahkan lagi acara HPPNK sepanjang hujung minggu ini 

BERNAMA

Previous Post

PENGHANTARAN KEDUA BARANGAN BANTUAN KEMANUSIAAN MALAYSIA KE PALESTIN

Next Post

Deepavali Hanya Setahun Sekali

Next Post
Deepavali Hanya Setahun Sekali

Deepavali Hanya Setahun Sekali

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker