Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan harga runcit produk petroleum bagi tempoh 30 Mei ini hingga 5 Jun 2024 melalui sebuah kenyataan media bertulis di portal.
Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 30 Mei 2024 hingga 5 Jun 2024 adalah ditetapkan seperti berikut:
1) Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter;
2) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
3) dan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.