Baru-baru ini di media sosial, seorang ibu tunggal meminta warga net untuk menyunting gambarnya sekeluarga bersama gambar arwah suaminya yang telah meninggal dunia.
Menurut posting yang dikongsi, pengguna yang bernama Noor Sida teringin untuk mempunyai potret bersama keluarga yang lengkap. Bukan itu sahaja yang menyentuh hati warga net, balasan di ruangan komen posting tersebut juga turut mengharukan para pengguna media sosial.
Terdapat ramai pengguna yang lain turut serta dalam menghasilkan potret yang terbaik buat Noor Sida sekeluarga. Selain itu, orang ramai juga turut mendoakan yang baik-baik buat Allahyarham suaminya dan mengucapkan takziah buatnya dan keluarga.
Mungkin bagi sesetengah orang potret keluarga hanyalah sekadar gambar, namun ianya memberi makna dan merupakan kenangan buat kita pada ketika itu. Ianya sangat bernilai apabila kita kehilangan orang yang tersayang kerana memori itu semestinya tidak dapak diganti lagi dengan apa sekalipun.
Hargailah orang yang kita sayangi dan abadikanlah kenangan bersama dalam bentuk gambar supaya ianya boleh kita kenang di masa hadapan.
Sumber : Edit Apa Hari Ini