
Arip muncul pada satu tengah malam sekitar Ogos 2023; menemui saya di studio sebagai aktivis politik.
Cuma, dia sangat berminat dengan buku.
Arip lulusan Kejuruteraan Awam Universiti Malaya — ketika itu sedang praktikal dan akan diserap bekerja sebagai jurutera di firma amalinya.
Pertama kali Arip muncul; kami berbual isu politik di sofa oren yang selalunya dilawati kawan-kawan denim di studio ZRA.
Satu hari saya tanya Arip: “Maukah kau belajar sesuatu yang lebih baik dari politik?”
Dia terdiam dan saya sarankan: “Berhenti kerja engineer, saya bayar gaji yang bagus dan sertai ZRA Strim sebagai Ketua Kandungan.”
Arip terdiam.
Saya jawab: “Media sosial adalah tempat paling sesuai bagi generasi baru. Kau minat dengan politik dan masyarakat. Ibnu Khaldun moden ialah generasi baru yang meneroka cabaran baru!”
Setahun lalu Arip mula bekerja; menyertai pasukan saya. Kerja 7 hari seminggu dan cuti gilir-gilir dengan rakan-rakan lain.
Arip menyertai ZRA Strim kerana saya berminat meneroka potensi baru di TTok setelah lima tahun di Facebook.
Ilham Fansuri masih jurukamera saya setiap kali mengadakan perjalanan ke kem-kem Fales
in di Jordan dan Beirut.
Arip menjadi pengurus di KL menyusun jadual pengendalian strim setiap kali saya mengembara mengadakan liputan langsung Facebook dari garisan krisis.
November 2024 — Ilham Fansuri kahwin. Saya lepaskan anak gadis saya, tetapi dia masih jurukamera tiap kali ke mana-mana.

m.30 Januari 2025 nanti — giliran Arip akan berkahwin. Saya atur mana yang perlu seperti melepaskan anak lelaki sendiri kerana Arip juga sudah ketiadaan ibu ayah.
Setiap orang akan melalui perjalanan hidupnya; keras kerikil kita berjingkit — keras laras kita berlengan.
Sekeras apa pun cabaran; anak jantan takkan lari.
Satu perkara yang saya suka; kalau bertugas dengan Arip dan berjumpa orang — pasti ditanya: “Ini anak nombor berapa?”



