GENCATAN BERJAYA

Zainal Rashid AhmadCoretan ZRA10 months ago2K Views

Saudara kita menyambut kenyataan rasmi dari Doha malam tadi -- tanda rundingan disahkan berjaya.

INSHAALLAH… ALHAMDULILLAH

Qatar mengesahkan ‘genjatan senjata’ 50 hari bermula Ahad ini — 19 Januari 2025.

Pejabat Presiden AS juga turut mengesahkan — semua titik penting mengenai isu penyelesaian gencatan ini sudah dipersetujui kedua pihak.

Sepanjang malam tadi — dari Utara hingga Selatan “Tanah Jauh” — saudara-mara kita keluar meraikannya.

Secara diplomatik — ia sudah menemui titik penyelesaian.

ADA APA DENGAN 50 HARI?

3 fasa pertukaran tahanan dan banduan dengan perkiraan 1 tahanan musuh akan ditukar dengan 33 banduan saudara Tanah Jauh.

Fasa misi kemanusiaan akan terus bermula sebaik saja berkuatkuasanya gencatan.

Dalam tempoh 50 hari ini — musuh harus meninggalkan seluruh Tanah Jauh melalui tiga fasa; merujuk pada tiap sesi pertukaran tahanan dan banduan.

PBB dibenarkan membawa masuk 600 trak bantuan sehari melalui sempadan R❤️f❤️h.

JANGAN PESIMIS

48 jam lalu; kami jangkakan gencatan bermula Jumaat 17 Jan; tetapi disahkan Doha dan Washington — ia bermula Ahad 19 Januari 2025.

Penjelasan ringkas ini tidak mungkin mampu menjelaskan semua keadaan syarat perjanjian.

Cuma, dalam strim ZRA pada 14 Jan dan semalam 15 Jan 2024 — detils sudah dijelaskan.

Cuma, tarikh permulaan gencatan berubah dari 17 Jan ke 19 Jan 2025.

(Ditangguh 48 jam bagi membolehkan semua pihak menyiapkan persediaan keselamatan bagi pelaksanaan setiap fasa berdasarkan syarat gencatan).

Tempoh asal gencatan 42 hari — dipanjangkan ke 50 hari.

(Dalam tempoh ini — satu draf penjanjian jangka panjang akan dimeterai).

BERMULA MISI KEMANUSIAAN TANPA SEKATAN

Ahad 19 Januari 2025 — Tanah Jauh akan memulakan hari baru selepas 470 digugah bencana.

Mulai tarikh gencatan 19 Januari 2025 — 600 trak bantuan dibenarkan memasuki Tanah Jauh setiap hari.

(Ini menyamai jumlah trak bantuan harian yang dikendalikan setiap hari sebelum krisis 7 Okt 2023).

Dalam tempoh 50 hari gencatan — satu perjanjian jangka panjang termasuk mandat pembangunan semula Tanah Jauh akan dikendalikan PBB bagi tempoh tiga hingga lima tahun.

(Nota: Gencatan ini hanya menamatkan isu di Tanah Jauh dan tiada kaitan dengan isu kemerdekaan Negara Falash).

Terima kasih Qatar dan Mesir; atas usaha yang panjang dan rumit.

Usaha selama 15 bulan tanpa henti dan penuh istiqamah.

Usaha ini mengingatkan kita pada kata-kata Pahlawan Pembebasan Tanah Jauh tahun 1187.

Kata Salahhudin Ayubi: “Barulah aku mengerti, bahawa doaku meminta kekuatan itu datang bersama ujian yang berat dari Allah. Kerana hanya dengan ujian itulah… Dia berikan kekuatan yang kupinta.”

Moga Allah rahmati Tanah Jauh; bumi yang diberkati.

Previous Post

Next Post

Follow
Search
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...