Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Thursday, June 5, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Gelinciran cerun mengejutkan penghuni Pangsapuri Taman Cheras Mas

by Team Kepochi
November 26, 2023
2 min read
7 0
0
Gelinciran cerun mengejutkan penghuni Pangsapuri Taman Cheras Mas
Share on FacebookShare on Twitter

Penghuni Pangsapuri Taman Cheras Mas, di sini, menyifatkan insiden gelinciran cerun setinggi 30 meter (m) berhampiran premis itu, semalam, sebagai antara yang serius selepas beberapa kejadian sama berlaku pada Jun lalu.

Penduduk, Yong Ah Kew, 65, berkata gelinciran tanah itu disedari berlaku pada jam 2 dan 5 pagi ketika beliau sedang tidur.

“Saya kemudian dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan runtuhan batu,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian, malam tadi.

RELATED STORIES

Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

June 3, 2025
Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

June 3, 2025

Seorang lagi penduduk, Lim Cheng San, 64, berkata beliau hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 7 pagi ketika hendak keluar membeli makanan.

Beliau yang juga ketua blok pangsapuri itu mendakwa, runtuhan kecil pernah berlaku di kawasan terbabit dan penduduk telah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) untuk pemantauan.

“Lazimnya pada waktu petang, ramai kanak-kanak bermain berhampiran kawasan runtuhan, namun saya bersyukur kejadian kali ini tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa,” katanya yang sudah lebih 10 tahun mendiami pangsapuri berkenaan.

Terdahulu, hujan lebat dipercayai menjadi punca kejadian gelinciran cerun berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi bagi melakukan pemantauan selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.35 petang semalam.

“Pemantauan itu bertujuan memastikan tiada risiko berbahaya kepada orang ramai, selain bagi melakukan kerja-kerja memasang sawar di cerun itu untuk menghalang orang awam mendekati lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jarak lokasi kejadian dengan pangsapuri terbabit dianggarkan 30 hingga 45 meter, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu dan kes diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Previous Post

Karnival Usahawan Desa @ Putrajaya 2023, tarik ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti

Next Post

Situasi terkini COVID 19 di Malaysia

Next Post
Situasi terkini COVID 19 di Malaysia

Situasi terkini COVID 19 di Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
  • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker