Firdaus Wong Menceritakan Detik-Detik Penghijrahan Ibunya Memeluk Islam

mykepochi.comInfo5 years ago24 Views

Segalanya bermula apabila pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung mengajak ibunya ke Tanah Suci.

Ketika mengimbas semula saat-saat dari mula ibunya menyatakan untuk memeluk Islam, Bro Firdaus bersyukur doanya dimakbulkan Allah SWT untuk melihat wanita yang melahirkannya rasa keinginan memeluk Islam.

Mula dari apabila Bro Firdaus menyatakan hasrat membawa ibunya, See Ah Lin ke Tanah Suci dan ibunya bersetuju untuk turut bersama. Tetapi Bro Firdaus menerangkan bahawa untuk ke sana ibu kena menjadi Islam terlebih dulu.

Nekad untuk ibunya kembali kepada Islam bukan disebabkan mahu ke Mekah semata, tetapi dia melihat nilai murni dalam ajaran Islam. Ibunya memberitahunya bahawa dia sudah berfikir semasak-masaknya dan sudah besar untuk membuat keputusan terbaik ini.

Penantian sekian lama itu akhirnya terjawab apabila ibunya melafazkan syahadah di Multiracial Reverted Muslims (MRM).

Bro Firdaus amat sebak. Walaupun itu bukanlah syahadah pertama yang dikendalikannya tetapi kali ini adalah syahadah yang paling gementar dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri. Malah setelah selesai ibunya mengucapkan dua kalimah syahadah pun, dia tergamam kaku sebelum memeluk ibunya itu.

Keterujaan ibunya selepas memeluk Islam, Firdaus berkata, ibunya menunaikan solat 4 rakaat semua waktu kerana terlupa dan menyangkakan boleh top-up rakaat yang kurang. Ibunya juga banyak bertanya tentang hal dan ibadah Islam kepadanya.

Firdaus Wong bersama ibunya menunaikan Umrah.

Tidak lama selepas itu, Bro Firdaus membawa ibunya See Ah Lin menunaikan umrah bersama ahli keluarga dan beberapa mualaf menunaikan umrah buat pertama kali.

 – Firdaus Wong Menceritakan Detik-Detik Penghijrahan Ibunya Memeluk Islam
Sumber Video : HBIT

0 Votes: 0 Upvotes, 0 Downvotes (0 Points)

Previous Post

Next Post

Follow
Search
TERLEPAS KE?
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...