Berita baik buat rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam, Family Mart secara rasminya telah menghentikan penjualan minuman beralkohol sejak dari bulan Mac lagi.
Tindakan berkenaan dilakukan untuk menambah keyakinan kepada pelanggan-pelanggan mereka untuk berbelanja & menjamu selera tanpa rasa was-was.
Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn Bhd, Chia Lik Khai berkata minuman beralkohol adalah sekadar penyumbang kecil sahaja dalam perniagaan mereka. Mereka menjangkan tindakan itu hanya memberi kesan yang minimum.
Family Mart juga mengumumkan produk mereka, FamiCafe di Menara U telah menerima pensijilan halal daripada JAKIM sekaligus menjadikan FamiCafe itu sebagai kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan halal.
Sementara franchise di tempat lain akan menjalani audit halal secara berperingkat.
Sumber: Sinar Harian