Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Monday, May 19, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Enam inisiatif baharu dalam memperkasakan guru

by Myra Hamdi
May 16, 2024
2 min read
6 0
0
Enam inisiatif baharu dalam memperkasakan guru
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar gembira buat para pendidik apabila sebanyak enam inisiatif diumumkan kerajaan bersempena Sambutan Hari Guru ke-53 dalam usaha memperkasakan guru selaras tema Hari Guru iaitu Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, Indeks Kesejahteraan Guru merupakan antara inisiatif yang akan dibangunkan bagi memastikan kesejahteraan guru sentiasa terpelihara dengan melihat kepada keseluruhan isu kesejahteraan guru.

“Indeks Kesejahteraan Guru ini kita akan bangunkan melihat kepada domain-domain tertentu dan memberikan tumpuan kepada bagaimana kesejahteraan guru dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

RELATED STORIES

Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

May 18, 2025
KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000

KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000

May 15, 2025

“Jadi ia termasuk dalam kehidupan guru, kesejahteraan guru, melihat kepada kesihatan, apa lagi yang guru perlukan dan hak-hak guru yang pastinya akan dilihat keseluruhan,”katanya dalam sidang akhbar pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-53 di Dewan Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu Fadhlina berkata, selaras dengan Dasar Pendidikan Digital inisiatif seterusnya menyaksikan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk melaksanakan kursus pemerkasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada kira-kira 500 orang guru.

Tambahnya lagi, inisiatif seterusnya pula adalah pelaksanaan kursus ‘Apple Teacher’ dengan kerjasama Apple Profesional Learning Specialist Malaysia bagi melatih dan membimbing 100,000 orang guru yang diiktiraf sebagai Apple Teacher.

“Dalam konteks memberikan pengiktirafan kepada guru-guru yang melonjakkan usaha beradaptasi dengan teknologi digital semasa, seramai 1,000 orang guru terpilih akan menghadiri kursus dan menerima sijil profesional digital serta diiktiraf sebagai Guru Jauhari Digital KPM.

“Selain itu dua geran penerbitan bernilai RM10,000 untuk masing-masing geran akan dianugerahkan untuk menerbitkan penulisan berkenaan ‘Tokoh Guru Madani’ dan Tokoh Kepimpinan Madani,”katanya.

Dalam pada itu katanya, sebagai menghargai jasa guru inisiatif seterusnya adalah dengan menambah baik Program Cuti-Cuti Cikgu.

Jelasnya, program berkenaan akan diberikan penawaran lebih menarik melibatkan diskaun harga tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat serta taman tema dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Pengangkutan.

Tambahnya antara rakan strategik yang terlibat dalam program ini adalah Malaysia Airlines, FireFly, Air Asia, Bank Rakyat, Wetland Putrajaya, Traveloka dan lain-lain.

Previous Post

Keselamatan di Stesen Minyak: Pengajaran dari Insiden Genting Highland

Next Post

Boikot Dengan Ilmu dan Akhlak

Next Post
Boikot Dengan Ilmu dan Akhlak

Boikot Dengan Ilmu dan Akhlak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
  • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker