Tajuk kali ni agak berat untuk dibincangkan memandangkan soal perbandingan bendera dari berlainan negara. Lebih-lebih lagi apabila isu berkait rapat dengan bendera negara orang barat yang pernah menjajah tanah air kita dulu.
Bukan apa, di media sosial sedang hangat isu bendera Malaysia tiru Bendera Amerika. Hm, kes bendera terbalik pun belum selesai, timbul pula isu Jalur Gemilang.
Tapi, betul ke Malaysia tiru bendera Amerika?
Sekarang, you guys tak perlu nak bergaduh siapa tiru siapa. Jom kita lihat sejarah pembikinan bendera Malaysia.
Untuk pengetahuan andaa, Jalur Gemilang bermula apabila Majlis Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu telah menubuhkan satu jawatankuasa pada tahun 1949 untuk menimbang serta membuat perakuan berkaitan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Bermula disitulah satu pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan pada tahun 1949 dan pada pada 28 November 1949, satu keputusan telah pun dibuat berdasarkan suara majoriti orang ramai yang memilih reka bentuk ketiga yang telah dicipta oleh seorang arkitek kerajaan di negeri Johor pada ketika itu iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.
Akhirnya….
Maka jadilah bendera US (Stars & Stripes) dan Malaysia (Jalur Gemilang) yang nampak sama tapi tak serupa. Samada sengaja atau kebetulan, hanya Allahyarham Encik Mohamed yang tahu.