Liku-Liku Kehidupan Azmi Saat
Perjalanan Azmi Saat bukan mudah, sememangnya penuh berliku. Bermula di Persatuan Orang Buta Malaysia di Brickfields, dia belajar mengurut. Pada masa yang sama persatuan pula selalu adakan pertandingan nyanyian dan band. Maka dari situlah tertubuhnya Caliph Buskers, dan mereka terus mengorak langkah untuk busking.
Persembahan mereka mendapat sambutan dari hari pertama mereka mula berbusking. Mereka mula busking di kawasan Brickfields seterusnya berpindah ke Nu Sentral dan di Sogo lah mereka lebih dikenali. Selepas itu Caliph Buskers makin aktif dengan busking. Walau begitu, mereka masih sukar untuk dapat show walau sebulan sekali. Saat-saat sukar bagi mereka apabila hujan semasa buat persembahan dan setelah hujan reda apabila mereka ingin teruskan persembahan dan tiba-tiba hujan turun lagi. Itulah cabaran mereka sebagai busker.
Selalunya tanggapan orang ramai pada busker seolah mereka meminta-meminta sedangkan niat mereka untuk menghiburkan orang ramai yang adakalanya tengah berserabut.
Langkah mereka dalam industri hiburan bermula apabila Edry menjemput mereka bersama membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu.
Azmi juga telah mula menceburi dalam bidang lakonan dan melawak bersama kumpulan Heart. Kumpulan Heart dianggotai Azmi, Ezad Lazim dan Danial Zaini. Lebih membanggakan, Heart dinobatkan sebagai Juara Muzikal Lawak Superstar 2.
Bakal Menimang Cahaya Mata
Baru-baru ini, Azmi Saat mengumumkan berita gembira yang mana isterinya bakal menimang cahaya mata pertama setelah penantian hampir 10 tahun. Kini kandungan isterinya dah memasuki 4 bulan. Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Pada tahun ke-8 perkahwinan mereka isterinya pernah hamil namun kandungan itu gugur.
Single Baru
Kini vokalis Caliph Buskers itu, Azmi Saat melancarkan single solo berkonsepkan ketuhanan berjudul “BERIKU WAKTU”.
“Beriku Waktu merupakan perkara yang kita perlukan dari Allah SWT sebelum kita mengakhiri hidup kita di dunia yang hanya sementara dan penuh tipu daya ini. Kejayaan yang dikecapi telah menyebabkan kita menjadi sombong, pentingkan diri dan ego sehingga kita lupa kepada Allah SWT dan sukar menerima hakikat bahawasanya Allah SWT sedang memberi ujian berat kepada kita”. Jelas Azmi mengenai persepsinya tentang lagu Beriku Waktu yang merupakan ciptaan Archie Syukri.
Baginya ujian yang hadir sebenarnya adalah peluang kedua untuk manusia kembali ke jalanNya dan kita haruslah bersyukur kerana Allah SWT masih tidak melupakan hambaNya.
“Waktu yang sedikit tersisa ini, gunakanlah sebaik mungkin untuk meningkatkan amalan agar ia diterima sebagai bekalan kita di akhirat nanti”, tambah Azmi.
Lagu ini sangat menyentuh hati dengan lirik yang penuh bermakna.
Beriku Waktu
Kurenung kembali atas ujian diberi
Seakannya langit jatuh menghempas bumi
Bodohnya aku kerna menyombongkan diri
Hati ini seakan buta dan tuli
Kau memanggilku lima kali sehari
Adakah yang tersisa untuk ku diadili?
Beriku waktu sebelum menghadap-Mu
Untuk berbagi dengan yang Kau cintai
Beriku waktu sebelum menjemputku
Menginsafi diri, sujud pada-Mu Ilahi
Bersyukur atas kesempatan diberi
Ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu
Ampunilah dosa hanya Engkau yang tahu
Hinanya aku waktu jatuh mengingat-Mu
Sedangkan Kau mengingatku walaupun kujauh
Beriku waktu sebelum menghadap-Mu
Untuk berbagi dengan yang Kau cintai
Beriku waktu sebelum menjemputku
Menginsafi diri, sujud pada-Mu Ilahi
Bersyukur atas kesempatan diberi
Beriku waktu sebelum menghadap-Mu
Untuk berbagi dengan yang Kau cintai
Beriku waktu sebelum menjemputku
Menginsafi diri, sujud pada-Mu Ilahi
Bersyukur atas kesempatan diberi
Terimalah amal ibadahku ini
“BERIKU WAKTU” diterbitkan hasil kerjasama Warner Music Malaysia dan Valient Music. Dengarkan “BERIKU WAKTU” yang boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox, iTunes, YouTube dan juga YouTube Music.