Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, July 5, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Belasah warga asing ganggu pengurus wanita, empat pekerja restoran ditahan

by Team Kepochi
February 7, 2024
2 min read
5 0
0
Polis buru lelaki terlibat kes pukul tepi jalan
Share on FacebookShare on Twitter

Polis menahan lima lelaki termasuk seorang warga asing yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera dekat Jalan Bukit Bintang di sini, seperti dalam satu rakaman video yang tular, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya ada menerima satu laporan berkaitan rakaman video yang tular itu pada jam 11.50 pagi, semalam.

Katanya, semakan mendapati rakaman video yang dimuat menerusi akaun di platform X itu, memaparkan pergaduhan di hadapan sebuah premis perniagaan di Jalan Bukit Bintang.

RELATED STORIES

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

July 4, 2025
Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

July 4, 2025

“Pergaduhan didapati berlaku kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, membabitkan empat pekerja di premis perniagaan itu dengan seorang lelaki warga asing yang didakwa mengganggu seorang pengurus wanita di situ.

“Berikutan itu, polis menahan lima individu terdiri daripada empat lelaki tempatan kesemuanya berusia 20 tahun dan seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Dellhan berkata, empat suspek warga tempatan direman sehari hari ini, manakala suspek warga asing direman empat hari bermula hari ini sehingga 9 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 16 saat di media sosial berkaitan kejadian pergaduhan itu yang dipercayai dirakam oleh pelanggan yang berada di dalam premis perniagaan terbabit.

Menerusi video itu kelihatan beberapa individu menumbuk dan menendang seorang lelaki sebelum datang beberapa individu lain cuba meleraikan mereka.

-Berita Harian

Previous Post

Penjawat awam dapat insentif awal RM2,000 – PM

Next Post

‘Hadiah’ netizen buat seorang ibu tunggal buat ramai terharu.

Next Post
‘Hadiah’ netizen buat seorang ibu tunggal buat ramai terharu.

‘Hadiah' netizen buat seorang ibu tunggal buat ramai terharu.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker