Bekas Komando Dikhuatiri Hilang Ketika Banjir Kilat

Team KepochiBerita1 year ago2 Views

Seorang warga emas yang juga bekas komando, Ab Manan Keri, 73, dikhuatiri hilang selepas banjir kilat melanda kawasan Majlis Jamuan Teh di Dataran Tasik Kluang, di sini petang tadi.

Anak mangsa, Mohamad Shahsulliah Ab Manan, 29, berkata ketika hilang bapanya yang memakai kemeja veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghadiri majlis berkenaan yang turut menyaksikan keberangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Ab Manan ke majlis berkenaan bersama ahli keluarga lain dengan menaiki Perodua Axia.

“Kami belum buat laporan polis dan usaha mencari ayah di sekitar kawasan majlis dilakukan rakan, ahli keluarga dan pihak berkuasa,” katanya.

Shahsulliah berkata, dia menerima panggilan daripada kakaknya pada waktu Maghrib tadi memaklumkan bapa mereka tidak pulang ke kereta selepas berjalan seorang diri.

“Ayah memang suka berjalan sendiri, namun dia tidak pernah hilang. Waktu kejadian tadi, adik dan kakak puas menunggu di kereta, namun ayah tak kunjung tiba.

“Kereta diparkir jauh dari lokasi majlis dan kami memang risau kerana ayah tak jawab panggilan telefon dan masuk ke peti suara,” katanya memaklumkan bapanya itu tidak mengalami sebarang penyakit. -BH

0 Votes: 0 Upvotes, 0 Downvotes (0 Points)

Leave a reply

Previous Post

Next Post

Loading Next Post...
Follow
Search Trending
TERLEPAS KE?
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...

Cart
Cart updating

ShopYour cart is currently is empty. You could visit our shop and start shopping.