Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Monday, June 2, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Baru Umur 8 Tahun Dah Tolong Keluarga Berniaga! Semangat Amira Rasuli menarik perhatian IR Malaysia

by mykepochi.com
June 28, 2024
3 min read
7 0
0
Baru Umur 8 Tahun Dah Tolong Keluarga Berniaga! Semangat Amira Rasuli menarik perhatian IR Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Walau usia masih kecil, Amira Rasuli, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dari Lombok, Indonesia, telah menunjukkan ketabahan dan kecekalan yang luar biasa. Selepas kehilangan ayahnya pada tahun 2020, Amira dan ibunya, Dakyah, yang menghidap penyakit polio sejak lahir, berpindah ke rumah nenek mereka. Untuk menyara kehidupan, Dakyah menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual makanan ringan dan kopi di sebuah pondok kecil di kawasan pantai berhampiran rumah mereka.

Setiap hari selepas pulang dari sekolah, Amira akan membantu ibunya menjual makanan dan barangan runcit seperti beras, gula, minyak masak, telur, dan sabun di hadapan rumah mereka. Berkat usaha gigih Amira dan ibunya, mereka mampu memperoleh pendapatan sekitar RM28 sehari. Kesungguhan Amira dalam membantu ibunya menarik perhatian Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia), yang kemudian tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga kecil ini melalui projek Penajaan Anak Yatim.

RELATED STORIES

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

May 26, 2025
Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

May 26, 2025

Bantuan daripada IR Malaysia sangat membantu Dakyah dalam menampung keperluan sekolah Amira, terutama yuran persekolahan. Sumbangan ini juga membolehkan Dakyah menambah modal perniagaan dan membeli kerusi roda baharu yang memudahkan pergerakannya setiap hari. Kesungguhan dan ketabahan Amira dan ibunya dalam mengharungi cabaran hidup memberi inspirasi kepada ramai orang. Dengan bantuan daripada IR Malaysia, Amira kini dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya tanpa perlu memikirkan beban kewangan keluarga.

Bantuan Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) Melalui Kempen MyYateem #CareForOrphan

Kempen MyYateem #CareForOrphan yang dilancarkan oleh IR Malaysia bertujuan untuk membantu lebih ramai anak-anak yatim seperti Amira. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Mohd Shukor Tahir, pihaknya menyasarkan kutipan dana sebanyak RM750,000 bagi membantu anak-anak yatim di lebih 25 negara termasuk Palestin, Syria, Somalia, Indonesia, Bangladesh, dan Afghanistan.

“Kempen MyYateem #CareForOrphan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memastikan anak-anak yatim mendapat perhatian dan bantuan yang sewajarnya. Melalui kempen ini, kami berharap dapat mengumpulkan dana yang mencukupi untuk menyediakan keperluan asas seperti makanan, pendidikan, kesihatan, dan perlindungan kepada mereka,” katanya.

Sumbangan untuk Kempen MyYateem #CareForOrphan

Dengan tema CareForOrphan, IR Malaysia berharap dapat menanam rasa empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap anak-anak yatim yang memerlukan. Sumbangan boleh diberikan serendah RM10 untuk pakej Kasih MyYateem, manakala untuk pakej Tajaan MyYateem, penyumbang perlu memberikan komitmen sebanyak RM350 sebulan untuk sekurang-kurangnya dua tahun tempoh tajaan bagi seorang anak yatim.

Tahun lalu, IR Malaysia berjaya mengumpul RM355,214.67 melalui kempen MyYateem dan melaksanakan pelbagai projek bantuan termasuk penajaan anak yatim, Alternative Livelihood for Orphans Family (ALO) di Lombok Utara dan Barat, serta bantuan psikososial di Lubnan. IR Malaysia juga telah melaksanakan misi kemanusiaan ke Bangladesh dan Indonesia untuk meninjau projek-projek kemanusiaan yang dilaksanakan, termasuk bantuan kepada anak yatim.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada kempen MyYateem #CareForOrphan boleh menyalurkan sumbangan mereka ke akaun CIMB Islamic, Islamic Relief Malaysia (860 20738 18) atau melayari laman web rasmi di www.islamic-relief.org.my. Setakat ini, Islamic Relief telah menaja lebih 85,000 orang anak yatim dan membantu lebih 200,000 anak yatim di 26 buah negara melalui pelbagai projek bantuan.

—
https://islamic-relief.org.my
https://mykepochi.com

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/mykepochi

Ikuti Kepochi di semua platform media sosial juga!


Tags: Amira Rasulianak yatimbantuan kemanusiaanCareForOrphanIslamic Relief MalaysiaKasih MyYateemMyYateemTajaan MyYateem
Previous Post

Manfaat dan keburukannya durian

Next Post

Animasi ‘Al-Fatihah’, Mesti Tonton! -Alif Satar & Durioo+ Dekatkan Kanak-Kanak dengan Al-Quran

Next Post
Animasi ‘Al-Fatihah’, Mesti Tonton! -Alif Satar & Durioo+ Dekatkan Kanak-Kanak dengan Al-Quran

Animasi 'Al-Fatihah', Mesti Tonton! -Alif Satar & Durioo+ Dekatkan Kanak-Kanak dengan Al-Quran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
  • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker