Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Bapa tidak sanggup lihat video anak didera di Taska

by Myra Hamdi
August 10, 2023
3 min read
9 0
0
Bapa tidak sanggup lihat video anak didera di Taska
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang bapa tidak sanggup melihat rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV)  anaknya ditendang dan ditampar di bahagian muka dan kepala di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Jalan Kampung Seronok Nosoob, Penampang Sabah.

Malah lebih memilukan, apabila hendak makan, anaknya juga turut ditempar dan dipukul guna pembaris berkali-kali, kongsi seorang bapa kepada seorang kanak-kanak yang enggan dikenali.

Tambahnya, sudah dua kali anaknya menjadi mangsa dera sejak bersekolah di Taska berkenaan yang bermula pada Mac lalu.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Jelasnya, kejadian pertama dua minggu lalu selepas isterinya perasan terdapat kesan lebam di bahagian tangan anaknya sebaik diambil daripada Taska berkenaan.

“Pada mulanya anak saya mengatakan dipukul oleh guru (pengasuh) namun mengubah mengatakan kawan-kawan pukul.

“Tetapi seminggu kemudian isteri melihat kesan lebam lain di bahagian dada anak kami sebelum bertanya kepada pihak Taska.

“Pihak taska hanya memberikan jawapan bahawa itu adalah perkara biasa kerana kemungkinan anak kami bergaduh dengan rakan-rakan di Taska terbabit,” tambahnya.

Menceritakan lebih lanjut, beliau yang juga kakitangan kerajaan itu berkata, mereka menerima jawapan itu dan menghantar anak mereka seperti biasa ke Taska itu sehinggalah anak mereka mengadu sakit di bahagian kepala.

“Semalam, sebaik menjemput anak kami di Taska itu, isteri saya mengusap ubun-ubun anak kami sebelum anak saya mengadu sakit di bahagian kepala.

“Isteri saya memeriksa bahagian berkenaan dan alangkah terkejutnya kami kerana terdapat kesan luka di bahagian kepala.

“Saya terus bertanya kepada pihak Taska namun mereka tiada jawapan mengenai kesan luka itu,” katanya.

Bagaimanapun berkata, dia tidak dapat bersabar dan terus meminta untuk memeriksa CCTV di Taska berkenaan sebelum melihat rakaman anaknya didera dengan ditampar, ditendang dan rambut anak saya ditarik.

“Lebih kejam pengasuh itu memukul berkali-kali guna pembaris di bahagian kepala dan muka.

“Saya cuba mendapatkan kepastian daripada pihak Taska termasuk pemilik bagaimanapun tiada sebarang jawapan sahih yang diperoleh sebelum saya membuat keputusan untuk membuat laporan polis.

“Pengasuh itu hanya mengakui hilang sabar dengan anaknya manakala guru besar Taska turut memaklumkan pengasuh terbabit adalah seorang yang lemah lembut. Namun rakaman CCTV itu menunjukkan perkara sebaliknya,” katanya.

Tambahnya, mereka kesal kerana pihak Taska tidak mengambil serius aduan yang mereka berikan berkenaan kesan lebam pada badan anaknya sebelum ini.

Katanya, ketika dihantar buat kali pertama di Taska terbabit pada Mac lalu, pengasuh itulah yang menerima anaknya dan tidak hairanlah anaknya seperti tidak gembira setiap kali dihantar ke Taska itu.

“Kami telah membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru untuk tindakan selanjutnya, perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku secara berleluasa untuk mengelakkan lebih ramai kanak-kanak yang dihantar di Taska itu menerima nasib sama.

“Isteri saya juga masih trauma dengan kejadian ini lebih-lebih lagi isteri saya sedang mengandung anak kedua dan saya harapkan pihak berkuasa menjalankan tindakan sepatutnya kepada pihak Taska ini.

“Bagaimana sebuah Taska yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab menjaga anak-anak yang dihantar ke sana melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan ini,” ujarnya.

Jelasnya lagi, anaknya kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (QEH) bagi mengenal pasti kecederaan yang dialami kesan daripada perbuatan kejam pengasuh itu.

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Misi mencari Keluang Man berakhir 13 Ogos ini

Next Post

Op Lancar bermula hari ini hingga Ahad sempena PRN

Next Post
Op Lancar bermula hari ini hingga Ahad sempena PRN

Op Lancar bermula hari ini hingga Ahad sempena PRN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker