Seorang penagih dadah yang disyaki mengalami gangguan mental ditahan polis semasa merayau-rayau bersenjatakan parang di Jalan Mahsuri, Sibu semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 35 tahun dari Jalan Foochow itu ditahan pada jam 12 tengah hari berikutan aduan orang awam yang bimbang akan keselamatan.
“Semasa tangkapan, lelaki itu menikam dirinya sendiri menyebabkan kecederaan.
“Polis turut menemui sebilah parang, pisau dan beg. Hasil siasatan mendapati suspek adalah penagih dadah.
“Suspek kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.
Aksi anggota polis menahan lelaki itu menarik perhatian seorang kanak-kanak ketika kenderaan mereka melintas kawasan tersebut.
Melalui perbualan yang dirakamkan oleh video dashcam kenderaan itu, kanak-kanak cerdik itu ‘berbincang’ dengan ibunya cara menangkap lelaki tersebut.
Kanak-kanak tersebut mencadangkan polis menangkap dan merampas parang itu dengan cara bergelut, namun jelas ibunya, ia tidak semudah itu.