Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang ada di dalam alam lain yang terdapat mana-mana budaya masyarakat didunia.
Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam saluran rasmi youtube beliau, hantu adalah jin & syaitan. Sebagai orang Islam, kita wajib percaya tentang kewujudan jin & syaitan kerana dalam Quran & hadis telah dinyatakan mengenai jin & syaitan.
Menurutnya lagi jin & syaitan ada 2 jenis. Yang pertama jenis yang menghasut manusia. Yang kedua jenis yang menampakkan diri & memperdengarkan suara.
Disebutkan juga dalam hadis, bila Nasi Adam & Hawa diturunkan kebumi, Allah halau mereka ke laut & bukit.
Sebab itu kita perlu berdoa bila hendak ke laut, hutan & bukit. Antara doa yang disarankan baca:
Aku berlindung dengan kalimahmu ya Allah yang sangat sempurna daripada makluk-mahklukmu yang jahat & daripada syaitan-syaitan supaya mereka tidak datang pada aku
Hantu tidak ada dikubur. Yang ada dikubur adalah roh yang tidak diterima oleh Allah. Kita cuma dimomokkan oleh penceritaan masyarakat & tv bahawa hantu wujud dikubur.
Roh dikubur kelihatan seperti manusia. Ia juga boleh memperdengarkan suara seperti menangis.
Manusia yang hidup juga adalah roh. Bezanya manusia adalah roh yang mempunyai jasad. Manakala roh dikubur tidak mempunyai jasad.
Secara mudahnya, bila berhadapan dengan hantu dihutan, boleh baca apa-apa surah dalam Al-Quran yang kita tahu. Baca apa yang kita mudah baca.
Ataupun
Bila berhadapan dengan hantu yang memperdengarkan suara, boleh laungkan azan.
Bila berhadapan dengan hantu yang menampakkan diri, baca sebanyak 3 kali:
Al anuka bilaknatillah
Maksud: Aku melaknat engkau dengan laknat Allah
Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram Mykepochi Official