Anak Muda Melaka Berpeluang ‘Upgrade Skill’ dalam Program TVET China!

Sonny IkmalBerita2 hours ago2K Views

MELAKA – Belia tempatan bakal menikmati peluang besar apabila program pertukaran pelajar dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bersama institusi terkemuka di China dijangka dibuka tahun hadapan.

Menurut Pengerusi Yayasan Belia Sedunia (WYF), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, inisiatif ini dirangka bagi memperkasa anak muda dengan kemahiran baharu, teknologi terkini serta pendedahan global yang sukar didapati di dalam negara.

Beliau menjelaskan bahawa peserta bukan sahaja diberi peluang belajar di institusi TVET bertaraf tinggi di beberapa wilayah China, malah berpeluang membawa pulang kepakaran untuk dimanfaatkan di Melaka.

“Program ini membuka akses kepada latihan kemahiran moden yang ditawarkan oleh institusi TVET terkemuka di China. Belia kita bukan sekadar belajar, mereka akan pulang dengan ilmu yang boleh terus diaplikasikan di sini,” katanya.

Datuk Mohd Ridhwan berkata demikian selepas Majlis Penutup ASEAN–China Year People-to-People Exchanges 2024–2025, yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Banda Hilir.

Turut hadir ialah Presiden Persahabatan Malaysia China (PPMC), Datuk Abdul Majid Ahmad Khan, serta wakil Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Lim Ban Hong.

Lebih daripada pendidikan, budaya dan peluang perniagaan

Tambah Mohd Ridhwan, program berkenaan bukan hanya tertumpu kepada pendidikan TVET. Belia Malaysia turut berpeluang menerokai pertukaran budaya serta menjalin hubungan perdagangan di wilayah Hunan, sekali gus memperluas jaringan antarabangsa mereka.

Menurutnya lagi, kerjasama serantau melalui rangkaian ASEAN–China menjadi platform penting yang menghimpunkan negara-negara Asia Tenggara dan membuka ruang lebih luas kepada Malaysia untuk memperkukuh peranan dalam agenda pembangunan belia di peringkat antarabangsa.

“Dengan penyertaan Malaysia, lebih banyak peluang dapat dibuka sebagai rakan strategik ASEAN–China, khususnya dalam pembangunan belia. Selain itu, penganjuran persidangan ini turut meningkatkan imej negeri dan membuka laluan kepada pelabur China untuk ke Melaka.” ujarnya.

@melaka.people

Anak muda Melaka… bersedia untuk terbang jauh! 🚀 Tahun depan TVET China buka pintu untuk korang. Ilmu teknologi tinggi → bawa balik untuk majukan Melaka. Siapa sangka peluang macam ni datang? Mana Lagi? Melaka Ler! #fyp #tvet #Melaka #China #WYF

♬ original sound – Melaka People – Melaka People

Leave a reply

Follow
Search
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...